Powered By Blogger

Monday, February 7, 2011

bLoG Ooooo BlOg......

Tue la...org nk buat blog ak pun nk buat blog...huhuhu
ak buat blog sbb :

1)sbb ak tertarik dengan entri2 yg mereka crita dlm blog mrk....
2)untuk mengisi masa lapang
3)meluahkan perasaan dlm blog sbb blog nie umpama diari kita tp xblh la nk citer 100% pasl diri kita dlm nie...
4)meminta mereka(penulis blog) memberi cadangan dan panduan pada kita
5)berkongsi crita dengan teman2 kita..

dan lagi2 senario.....hehehehe

xperlulah nk senaraikan smua kot...sbb masing2 ada pndpt mrka sndri dengan blog yang mereka buat.....

K.lah ak mau tito dlu...nnt kita smbung lagi
tiba2 mengantuk pulak...:)
selamat malam smua

Saturday, February 5, 2011

29 JANUARI 2011 ( SABTU ) KELANTAN JUARA UNTUK PIALA SUMBANGSIH

Pada hari ini adalah tarikh keramat bagi pasukan Kelantan atau The Red Warriors apabila berjaya membawa piala sumbangsih untuk kali pertama setelah menewaskan pasukan The Red Giants iaitu Selangor dengan kemenangan 2-0 di stadium Shah Alam.
            Walaupun pada mulanya pasukan Kelantan dikatakan agak goyah apabila berlaku permasalahan didalam pasukan tersebut namun semua itu dapat diatasi oleh pemain2 the red warriors apabila berlaku pergantungan pada jurulatih pasukan kelantan iaitu B.Sathianatham.Namun pemain2 ini mendapat jurulatih yang baru.( Maaf sy lupa siapa jurulatih baru kelantan nie...hehehehehe..jgn mrh yea...)Jurulatih yang baru ini memberi suntikan semangat yang baru kepada pemain The Red Warriors.
            Selain itu, pemain kelantan juga dibarisi dengan muka2 baru pada tahun 2011 apabila Norfarhan,Indra Putra,Norazizi Mat Rose,Akhmal Rizal dan Hairuddin Omar telah berpindah ke pasukan baru apabila tamat kontrak selepas musim piala malaysia. Walaupun tanpa tonggak ini pasukan The Red Warriors mampu  memenangi piala sumbangsih.
Dua gol kemenangan ini dihadiahkan oleh Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo dan Mohd Badri Radzi @ Piya.Shahrul menyempurnakan sepakan penalti dan memberi kedudukan yang selesa kepada pasukan Kelantan. Pada separuh masa ke2 pula gol kemenangan disempurnakan oleh Piya dan memastikan pasukan kelantan berada dihadapan.
Namun, ada beberapa perkara yang kurang enak ditontonkan apabila penyokong kedua2 pasukan menunjukkan protes dengan membaling objek2 ke padang dan menyebabkan permainan terpaksa diberhentikan seketika apabila keadaan tidak dapat dikawal.Permainan diberhentikan dalam beberapa minit dan apabila keadaan sudah terkawal permainan disambung kembali.
            Kemenangan pada malam ini merupakan semangat baru untuk pasukan kelantan menghadapi lawan2 yang akan datang.
Tahniah untuk pasukan kelantan harap anda semua akan terus berjaya lagi.....
We all support u...:-)