Powered By Blogger

Thursday, August 13, 2015

Rindukan AKSI TRW Yang DULU






Dah lama aku tidak menulis di Blog ini kerana kesuntukkan masa dengan kerja yang tidak tahu bila akan tamat....huhuhu
Banyak yang ingin di ceritakan tapi tida tahulah kan sempat di Publish @ tidak.....
SO tahun ini aku ingin ceritakan pasala bolasepak kesygn daku dan peminat2 bola yang lain..
Tahun 2015 ini, pasukan TRW agak terumbang-ambing sedikit dengan penukaran jurulatih yang sentiasa bertukar dan para pemain sentiasa bersilih ganti....hurmmm.....entahlah...tidak tahu ape puncanya,,,,,
Peminat anda rindukan aksi2 lincah anda, sepakan yang berbahaya dari pasukan kita dan lain2.
Pasukan TRW sentiasa menjadi perhatian suatu ketika dahulu dan pasukan TRW adalah pasukan yang digeruni oleh pasukan2 lain TAPI sekarang kita dianggap pasukan underdog oleh pasukan mereka dan juga keyboard warriors...
Tidak tahu dimana silapnya dengan pasukan kesayanganku ini.....
Adakah pemilihan pemain yang tidak tepat?
Adakah salah memilih coach??
Atau ada permasalahan dalam diri pemain?? Atau sebalaiknya.
Namun beberapa bulan yang lepas isu ‘tangan ghaib’ yang dikatakan punca prestasi Pasukan Kelantan merundum...Adakah perkara ini benar2 berlaku dalam pasukan kelantan? Jika BENAR MENGAPA TIADA PIHAK yang mengambil tindakan terhadap hal tersebut??
Fuhhh.....memang sedih betul dengan pasukan kesayangan ambe dan peminat2 yang lain.....
Jika dapat berjumpa dengan pemain ingin sangat bertanya.....
            1, Ape masalah anda sebenarnya?
            2. Kenapa corak permainan tidak mcm dahulu?
            3. Adakah komunikasi di dalam padang tidak begitu bagus sehingga selalu berlaku salah
   faham anatara pemain itu sendiri.?
            4. Adakah coach yang melatih anda tidak memberi keserasian dengan diri anda?
            5. Adakah berlaku gangguan emosi akibat tekanan daripada mereka yang menjadi
   keyboard warriors?
6. Adakah gaji yang tertunggak belum dibayar menyebabkan anda bermain sekadar ala
   kadar?
7. Adakah anda tercabar dengan adanya pemain2 import?
Dan lain2 soalan lagi nak tanya akan difikirkan semula....huhuhu
Kepada peminat2 pasukan TRW adakah anda tidak mampu untuk sokong pasukan kesygan anda? Adakah anda telah tawar hati untuk pasukan anda?
Di media sosial, peminat sering meluahkan perasaan tidak puas hati kepada pasukan TRW sehingga ada kata2 mereka yang boleh mebuat pemain2 TRW tersentap hati demgan hasil tulisan nukilan keyboard warriors itu...
Sebenarnya tidak salah jika ingin menulis dengan rasa tidak puas hati tapi ape salahnya kita tulis dengan berhemah dan dapat menaikkan kembali moral seseorang pemain itu.
 Tapi ape2pun teruskan menyokong pasukan kelate...


~Gomo kelate gomo~


(rindu nak dengar sorakan penyokong)